Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Raptai majlis penyerahan bendera Para SUKMA XXI Sarawak berjalan lancar
  • SUKAN

Raptai majlis penyerahan bendera Para SUKMA XXI Sarawak berjalan lancar

Utusan Sarawak 8 months ago

KUCHING: Raptai bagi majlis penyerahan bendera Kontinjen Sarawak sempena Temasya Para Sukma XXI Sarawak 2024 sekitar 3.30 petang tadi, berjalan dengan lancar.

Raptai yang diadakan di Hikmah Exchange Centre di sini turut dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Dato Sri Fatimah Abdullah bersama kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sarawak.

Raptai bagi acara pembukaan ini, menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), telah dilakukan lebih daripada satu sesi dengan raptai sepenuhnya telah diadakan pada petang tadi bagi memastikan kelancaran majlis itu kelak.

Majlis yang akan berlangsung pada 11 September ini dijangka disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bertempat di Hikmah Exchange Centre, di sini.

Hadir sama dalam sesi raptai tersebut ialah Timbalan-Timbalan KPWK Datuk Rosey Yunus dan Datuk Mohamad Razi Sitam.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 27 acara sukan teras akan dipertandingkan pada SUKMA Selangor 2026
Next: Insentif atlet Para SUKMA terima jumlah sama RM15,000 pingat emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.