PENGURUS Pasukan, Afiq Fikri Brahim memberitahu, pihaknya gembira sebaik dimaklum berhubung perkara itu.
Meskipun, tarikh sebenar untuk aksi bagi liga berprestij negera belum dimuktamadkan lagi sehingga kini.
“Tampak sinar disebalik ketidaktentuan situasi yang melanda pentas sukan bola sepak negara ekoran penularan virus Covid-19.
“Pengumuman Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican) beberapa hari lalu diharap dapat menyaksikan saingan liga diteruskan seperti biasa,” ujar Afiq ketika mengulas mengenai perkara itu semalam.
Menurut Afiq, sepanjang tempoh tiga bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu, pemain skuad kendalian E. Elavarasan menjalani latihan secara sendirian di rumah masing-masing.
Dalam pada itu, mengenai sesi latihan yang dibenar untuk disambung semula Afiq akui tiada masalah untuk pihaknya mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) seperti ditetapkan.
“Rasanya tiada masalah untuk pemain, jurulatih mahupun pagawai dalam pasukan ini mematuhi SOP seperti ditetapkan.
“Ia penting untuk memastikan keselamatan semua pihak terjamin sepenuh masa,” tambah Afiq lagi.