Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gerawat, Anyie bantu mangsa kebakaran
  • TEMPATAN

Gerawat, Anyie bantu mangsa kebakaran

Utusan Sarawak 5 years ago
TINJAU…Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Marudi melakukan tinjauan dan mengumpul
maklumat kebakaran.

MARUDI : Insiden kebakaran rumah panjang 12 pintu di Long Selaan, Belukon Ulu Baram  semalam mendapat perhatian Timbalan Speaker Dewan Undangan (DUN) Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.78 Mulu, Dato Gerawat Gala dan Ahli Parlimen P.220 Baram, Anyie Ngau.

Gerawat menzahirkan kesyukuran kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam insiden tersebut dan bersama Anyi Ngau akan bekerjsama memberi bantuan kepada mangsa kebakaran.

Katanya, beliau juga telah menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi untuk menghantar pasukan bomba ke lokasi kebakaran bagi menyiasat punca kebakaran.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri juga telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut,” katanya kepada Utusan Sarawak di sini.

Sehubungan itu tegas Gerawat, beliau mohon bantuan bomba untuk menyediakan bantuan kecemasan dan menyeru orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran supaya menghubungi Pusat Khidmat DUN Mulu di talian 085-324771.

Katanya, dalam kejadian tersebut hanya enam pintu sahaja berpenghuni manakala enam pintu lagi kosong.

Dalam pada itu jumlah mangsa yang terlibat ialah 23 orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.

Jelasnya ketika kejadian itu, pasukan bomba tiba di lokasi setelah kebakaran telah pun padam sepenuhnya.

Menurutnya tiada sebarang operasi pemadaman dilakukan dan pasukan bomba yang hadir hanya meninjau dan mengesahkan perihal kebakaran serta mengumpul maklumat tentang kebakaran berkenaan.

Katanyanya buat masa ini mangsa kebakaran menumpang di rumah saudara mara di kampung tersebut dan beliau akan ke lokasi kebakaran untuk meninjau dan melawat mangsa hari ini.

Oleh Juki Juguong

Continue Reading

Previous: 7 lelaki ditahan Op Dadu
Next: Premis gunting rambut mula beroperasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.