KOTA SAMARAHAN: Kumpulan Khazanah Warisan menjuarai kategori Gendang Secara Berkumpulan dalam Pertandingan Bergendang dan Nopeng.
Menerusi kemenangan itu, kumpulan Khazanah Warisan berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM2,000 beserta piala.
Pertandingan Bergendang dan Nopeng diadakan sempena sambutan Perayaan Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Sarawak di pusat beli-belah The Summer Mall di sini semalam.
Johan untuk kategori Nopeng Berpasangan Lelaki dimenangi Kumpulan Lenggok Tradisi yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM800 beserta piala.
Johan bagi kategori Nopeng Berpasangan Wanita pula dimenangi Kumpulan Adinda Berdansa membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM800 beserta piala.
Sementara itu, johan bagi kategori Nopeng Berpasangan Kanak-Kanak dimenangi Kumpulan Tandak Warisan yang turut membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM600 beserta piala.
Timbalan Residen Bahagian Samarahan, Rais Ahmat telah menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Hadir sama, Temenggong Melayu Bahagian Samarahan Chek Bujang, wakil Pengerusi Badan Kesenian Gendang Melayu Sarawak Kota Samarahan Misiah Suhaili dan wakil Pengurusan The Summer Shopping Mall Canny Jong. – EDISI UKAS
Gambar
Sekitar pertandingan Bergendang dan Nopeng serta penyampaian hadiah di pusat beli-belah The Summer Mall, Kota Samarahan. Foto UKAS