Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Galak orang ramai promosi Pesta Tatau menerusi platform media sosial
  • WILAYAH

Galak orang ramai promosi Pesta Tatau menerusi platform media sosial

Utusan Sarawak 9 months ago
DATO Sri John Sikie Tayai bersama tetamu jemputan lain memulakan upacara miring sebelum majlis perasmian Pesta Tatau 2024, malam tadi.

TATAU: Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai menggalakkan orang ramai mempromosikan Pesta Tatau 2024 menerusi platform media sosial untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Katanya, langkah tersebut bukan sahaja akan menarik lebih ramai pengunjung, tetapi juga merancakkan lagi ekonomi setempat melalui peningkatan dalam aktiviti perniagaan.

Pesta Tatau 2024, jelasnya, dijangka memberi lonjakan besar kepada usahawan dan peniaga tempatan, dengan peluang untuk meraih keuntungan daripada kehadiran pengunjung yang semakin meningkat. 

“Dengan jumlah pengunjung yang dijangka lebih tinggi tahun ini iaitu sekitar 80,000 orang, peniaga kita pasti akan melihat hasil yang memberangsangkan. 

“Kami menjangkakan bahawa para peniaga dapat meraih keuntungan tidak kurang daripada RM4 juta hingga RM5 juta, hasil daripada jualan mereka sepanjang pesta ini,” katanya berucap pada majlis perasmian Pesta Tatau 2024 di sini, malam tadi.

Menurutnya, ini secara tidak langsung, membuka peluang kepada peniaga kecil dan sederhana untuk memasarkan produk kepada pengunjung tempatan dan luar selain memperluaskan lagi rangkaian perniagaan. 

 “Pertama, kita ingin mengekalkan budaya kita. Kedua, kita bersuka ria bersama dan ketiga, para peniaga dapat memperoleh keuntungan. 

“Seperti yang orang kata, ini adalah ‘tiga dalam satu’ di mana keuntungan kita datang daripada pesta ini,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SMK Limbang dinaik taraf untuk Pusat Tingkatan Enam
Next: Jangan anggap remeh kempen kebersihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.