Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki lemas ditemui terapung di Kampung Semop, 23km dari lokasi hilang
  • KEMALANGAN

Lelaki lemas ditemui terapung di Kampung Semop, 23km dari lokasi hilang

Utusan Sarawak 9 months ago

DARO: Seorang lelaki dewasa berusia 45 tahun yang dikhuatiri lemas di Rumah Ibok, Nanga Semah pada Selasa lalu, ditemukan meninggal dunia, hari ini. 

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mayat mangsa telah ditemui oleh penduduk Kampung Semop pada 12.45 tengah hari. 

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan teknik pencarian di permukaan air dalam radius pencarian 2 kilometer (km) dari hulu dan hilir sungai dari lokasi mangsa lemas.

“Pihak bomba dimaklumkan bahawa mayat mangsa ditemui oleh penduduk Kampung Semop iaitu sejauh 23 kilometer dari Pusat Kejadian Operasi Bencana (PKOB) dan lokasi mangsa lemas,” katanya.

Beliau berkata pengecaman mayat telah dilakukan oleh keluarga mangsa dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Nicholas Belulin, berkata anggota badan mangsa ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

Terdahulu, mangsa yang dikenali sebagai Raya Adam dilaporkan hilang ketika mandi sungai dan gagal ditemui oleh keluarga serta penduduk kampung pada Selasa lalu. 

Mangsa yang berasal dari Rumah Ibok, Nanga Semah, dilaporkan hilang sekitar 9 pagi oleh isterinya, yang gagal menemui suaminya di lokasi terakhir dilihat. 

Penduduk kampung telah menjalankan pencarian awal, namun gagal menemui mangsa. Pada 5.10 petang hari yang sama, keluarga mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Gambar

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, hari ini. Foto bomba

Continue Reading

Previous: 28 penghuni hilang tempat berteduh
Next: Warga emas cedera parah kemalangan di P-Turn, Jalan Tatau-Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.