Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • SPRM tahan dua pegawai agensi penguat kuasa
  • JENAYAH

SPRM tahan dua pegawai agensi penguat kuasa

Utusan Sarawak 9 months ago

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan reman dua pegawai agensi penguat kuasa kerana disyaki meminta rasuah berjumlah kira-kira RM10,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap beberapa pekerja warga asing di sebuah syarikat.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini hingga 10 September terhadap kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Kuching, hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai telah meminta wang rasuah kira-kira RM10,000 daripada seorang pemilik syarikat sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap beberapa pekerja warga asing di syarikat berkenaan yang disyaki tidak mempunyai permit bekerja yang sah.

Katanya, susulan itu, kedua-dua suspek kemudian telah ditahan antara jam 7 petang hingga 8.30 malam tadi di sebuah restoran makanan segera di Sri Aman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kedua-dua suspek berkenaan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Gambar

DIREMAN… Dua pegawai agensi penguat kuasa ditahan reman bagi membantu siasatan.

Continue Reading

Previous: Penagih tegar dipenjara lima tahun, terima satu sebatan
Next: Pemandu bas sekolah muat naik video kanak-kanak ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.