Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Hujan lebat sukarkan operasi cari warga emas tragedi bot berlanggar di Dalat
  • KEMALANGAN

Hujan lebat sukarkan operasi cari warga emas tragedi bot berlanggar di Dalat

Utusan Sarawak 9 months ago

MUKAH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri lemas di Batang Oya, berdepan kesukaran kerana keadaan cuaca buruk.

Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga Chunggat memaklumkan bahawa operasi SAR yang memasuki hari kedua hari ini terjejas oleh hujan lebat yang berterusan, menyebabkan paras air sungai meningkat dan arus semakin deras.

“Cuaca yang buruk memberi kesan ketara terhadap penggunaan kaedah selaman skuba, yang sebelum ini dirancang sebagai teknik utama dalam operasi ini. 

“Arus bawah air yang kuat serta penglihatan sifar menjadikan selaman skuba sangat mencabar dan kurang sesuai dalam keadaan sekarang,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Operasi SAR dilancarkan semalam setelah lelaki warga emas dikenali sebagai Dos Katek, 81, dilaporkan hilang setelah perahu panjang yang dinaikinya bertembung dengan sebuah bot di Batang Oya. 

Saga turut memaklumkan bahawa lokasi kejadian yang jauh di hulu Batang Oya, kira-kira dua jam perjalanan menggunakan bot dari pekan Dalat, turut menjadi cabaran logistik utama bagi pasukan penyelamat yang terpaksa berulang-alik.

Menurutnya, pencarian kini lebih tertumpu kepada teknik pencarian di permukaan air dan kaedah tradisional dengan menunda duri onak rotan. 

Setakat pagi ini, tiada petunjuk baru ditemui, namun Saga menegaskan bahawa operasi akan diteruskan dengan penuh komitmen.

“Kami berharap cuaca akan bertambah baik dan operasi ini dapat diselesaikan dengan jayanya. Sokongan dan doa daripada orang ramai sangat diperlukan dalam situasi ini,” katanya.

Dalam pada itu, DSP Saga turut mengingatkan penduduk setempat agar sentiasa mengutamakan keselamatan semasa berada di sungai. 

Langkah-langkah keselamatan seperti memakai jaket keselamatan, mematuhi undang-undang sungai, dan membawa lampu terang ketika berperahu pada waktu malam amat disarankan untuk mencegah sebarang insiden tidak diingini daripada berulang.

Operasi SAR semalam dihentikan pada jam 4.30 petang, namun penduduk kampung meneruskan pencarian dengan menggunakan kaedah onak duri rotan yang ditunda dengan bot perahu panjang.

Oleh TARANI LANTING 

Gambar

Sekitar operasi dijalankan semalam. 

Continue Reading

Previous: Saluran paip gas bawah tanah terbakar, berjaya dipadamkan
Next: Warga emas hilang belum ditemui di Dalat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.