SARIKEI: Sebatang pokok tumbang menghalang laluan jalan berhampiran salah sebuah sekolah rendah di sini tengah malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.45 tengah malam.
“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh komander operasi PBK I (KUP) Mijan Pamin bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok telah tumbang dan menghalang laluan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata operasi dijalankan dengan memotong dahan pokok tumbang menggunakan mesin gergaji berantai dan parang.
“Kerja-kerja membersihkan kawasan pokok tumbang turut dilakukan oleh pasukan bomba.
“Operasi memotong pokok tumbang dijalankan dalam tempoh lebih kurang 26 minit.
“Khidmat khas di lokasi selesai sepenuhnya pada jam 1.22 pagi,” katanya.
Oleh Earl Anek
Gambar
KHIDMAT KHAS….Anggota bomba memotong dahan pokok tumbang. Foto BBP Sarikei