Trudeau sertai solidariti buat George Floyd

Facebook
WhatsApp
JUSTIN Trudeau menyertai ribuan orang melutut di hadapan Parlimen Kanada sebagai solidariti terhadap penunjuk perasaan Amerika Syarikat. • Foto AFP

OTTAWA : Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menyertai ribuan lain melutut di hadapan Parlimen Kanada sebagai solidariti terhadap penunjuk perasaan Amerika Syarikat yang berarak menentang perkauman dan kekejaman polis.

Sambil memegang baju bertulis Black Lives Matter, Trudeau berkata, terlalu ramai rakyat Kanada berasa takut dan gelisah ketika melihat pegawai penguatkuasa undang-undang dan menyedari kenyataan diskriminasi adalah sesuatu yang perlu diakhiri.

Tambah beliau, kini tiba waktu untuk mendengar, menyatukan dan belajar mengenai ketidakadilan selepas memerhatikan apa yang sedang berlaku di Amerika.

Sementara itu di Toronto, Ketua Polis, Mark Saunders, dan beberapa pegawai beruniform turut bersama dengan penunjuk perasaan dan melutut bersama mereka. Tindakan Saunders mendapat pujian daripada Perdana Menteri Ontario, Doug Ford, yang menyifatkan tindakan itu sangat memberi kesan dan layak dipanggil pemimpin sejati.-AFP

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara