Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paras air rendah Sungai Rajang antara punca gangguan bekalan di Sibu
  • WILAYAH

Paras air rendah Sungai Rajang antara punca gangguan bekalan di Sibu

Utusan Sarawak 11 months ago
TERIMA KASIH… Ling (dua, kiri) menyampaikan mesin pemeriksaan tekanan darah kepada Pengerusi Surau Darul Saadah Mohamad Safree Mohamad Kassim (kiri).

SIBU: Lembaga Air Sibu (LAS) telah mencapai kapasiti yang maksimum, dan ia perlu segera menaik taraf kemudahan agar bekalan air mencukupi ke seluruh kawasan di Sibu.

Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling berkata LAS menerima peruntukan dana untuk menaik taraf kemudahan tersebut dan beliau menerima jemputan untuk majlis pecah tanah pada Isnin ini.

“Sesuatu yang baik berlaku tetapi agak lewat, kita perlu melakukan perancangan awal untuk mengatasi masalah air yang kita hadapi ketika ini.

“Jika mereka melakukan kerja naik taraf sekarang, saya rasa mereka memerlukan tinggi hingga lima tahun untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi ketika ini kerana banyak kawasan yang benar-benar menghadapi masalah kekurangan air pada masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program pemeriksaan kesihatan secara percuma di Surau Darul Saadah, Kampung Hilir, di sini hari ini.

Katanya, gangguan bekalan air di Sibu juga disebabkan masalah bekalan air mentah dari Sungai Rajang.

“Paras air yang rendah menyebabkan LAS tidak dapat mengepam air mentah dari Sungai Rajang. Ini adalah kali pertama kita menghadapi paras air rendah.

“Kita perlu melihat secara serius terhadap alam sekitar kerana kebiasaannya kita tidak mempunyai masalah dengan bekalan air mentah dan sekarang kita menghadapinya,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Agrobank Tanjung Manis sokong usahawan tempatan berbentuk pinjaman mikro RM1.6 juta
Next: Festival ‘WAK’ bakal berlangsung di Sibu 25 – 28 Julai depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.