KUCHING: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) komited untuk terus bekerjasama dengan media Sarawak untuk meningkatkan pemahaman golongan itu mengenai industri minyak dan gas.
Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Strategik Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi (GSRC), Siti Azlina Abdul Latif berkata, langkah itu berikutan mengambil kira indistri itu yang semakin kompleks serta peralihan kepada tenaga baharu.
“Justeru, program ini adalah sebahagian daripada inisiatif membina hubungan berterusan kami untuk membina hubungan yang lebih kukuh dengan media di Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian berucap sempena majlis makan malam PETRONAS Ngiling Bidai bersama media di salah sebuah restoran di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, beliau juga majlis makan malam itu mampu memupuk hubungan jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
“Seperti yang anda ketahui, PETRONAS meraikan Ulang Tahun ke-50 kami pada Ogos ini dan kami mendapat inspirasi untuk meneruskan legasi kami untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan kemakmuran negara,” tambahnya.
Program malam itu turut dimeriahkan dengan kuiz serta pemilihan pakaian terbaik antara pihak media.
Turut hadir ialah Pengurus Besar Petronas Sarawak Norazibah M Rabu, Pengurus Besar Media Digital Siti Safarina Amrita Alias, Pengurus Kanan Komunikasi Media, PETRONAS Sarawak Praevitriana Yuliawiratman, Pengurus Kanan PETRONAS Sarawak Nor Azam Abg Zawawie dan Rhymie Rashidie Ibrahim.
Oleh Rynna Sha’erra