NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lima orang maut akibat strok haba di ibu kota India dan hampir 14 lagi meninggal dunia di bandar jiran Noida dalam tempoh 72 jam yang lepas, memaksa kerajaan persekutuan mengeluarkan nasihat kepada hospital kerajaan untuk mengutamakan rawatan pesakit strok haba.
Selain itu, lebih 60 pesakit yang mengalami strok haba telah dimasukkan ke pelbagai hospital. Kebanyakan mereka dikatakan adalah buruh atau individu berusia lebih 65 tahun, kata Xinhua.
Delhi dan kawasan sekitarnya telah mengalami gelombang haba yang teruk dalam beberapa hari kebelakangan ini, dengan suhu sekitar 45 darjah Celsius pada waktu siang.
Sementara itu, menurut laporan agensi berita swasta ANI, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi turut terjejas akibat cuaca panas. – Bernama – Xinhua