KAHERAH: Hotel di Mesir menerapkan peraturan keselamatan kerajaan dalam usaha menarik minat pelancong domestik.
Antara peraturan keselamatan itu adalah memiliki klinik dengan doktor tempatan.
Mesir menangguhkan penerbangan antarabangsa pada Mac lalu serta menutup restoran, hotel dan kafe untuk memerangi Covid-19 yang menyebabkan kerugian AS$1 bilion sebulan dalam sektor pelancongannya.
Pelancongan merangkumi sekitar 12 sehingga 15 peratus daripada produk domestik kasar.
Walaupun lapangan terbang masih ditutup namun penerbangan domestik, 99 buah hotel telah dibenarkan untuk dibuka semula pada satu perempat daripada kapasiti biasa jika mereka memenuhi protokol kesihatan dan keselamatan yang ketat.
Bagasi dan beg tetamu juga disanitasi serta ‘check-in‘ juga dilaksanakan tanpa kunci.
Pengurus besar Hotel Hilton King berkata majlis besar dan hidangan bufet juga tidak dibenarkan.
Tetamu perlu didaftarkan dalam talian dan pekerja harus menjalani ujian pantas Covid-19 sebelum memasuki pusat peranginan sementara terdapat ruangan khas kuarantin disediakan untuk menempatkan mereka yang disyaki atau positif Covid-19.
Pada bulan Jun, hotel yang mendapat kebenaran telah dibenarkan beroperasi pada kapasiti maksimum 50 peratus.
Mesir telah merekodkan hampir 30,000 kes Covid-19 dengan 1,126 kematian.-AFP