Raja Norway, Raja Harald V dirawat di hospital Malaysia

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
MENURUT Xinhua berdasarkan kenyataan pihak Istana Norway, semalam, Raja Harald V jatuh sakit semasa percutiannya di Malaysia dan dimasukkan ke hospital kerana  mengalami jangkitan.

OSLO: Raja Norway, Raja Harald V telah dimasukkan ke hospital di Malaysia kerana mengalami jangkitan, menurut kenyataan pihak Istana Norway, semalam, lapor Xinhua.

“Raja telah jatuh sakit semasa percutiannya di Malaysia dan dimasukkan ke hospital di sana kerana  mengalami jangkitan.

“Raja mendapat penjagaan yang baik daripada kakitangan perubatan Malaysia dan Norway,” menurut kenyataan itu.

Raja berusia 87 tahun itu dalam lawatan peribadi ke Malaysia.

Dilahirkan pada 21 Februari 1937, Raja Harald V menaiki takhta Norway pada 1991. – Bernama – Xinhua