Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Semenangjung Gaza: 47 masjid musnah, 3 gereja rosak akibat pengeboman Israel
  • GLOBAL

Semenangjung Gaza: 47 masjid musnah, 3 gereja rosak akibat pengeboman Israel

Utusan Sarawak 2 years ago
KELIHATAN asap berkepul-kepul dari Semenanjung Gaza pada Ahad di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dengan pejuang Hamas. FotoAFP

GAZA CITY (Palestin): Serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu mengakibatkan kemusnahan 47 masjid manakala tiga gereja rosak, kata pejabat media kerajaan tempatan, semalam, lapor Agensi Anadolu.

“Pengeboman Israel juga merosakkan sebanyak 203 sekolah dan 80 bangunan kerajaan di Semenanjung Gaza,” kata pengarah pejabat media, Salama Maarouf dalam sidang media.

Beliau berkata seramai 116 anggota perubatan, 18 petugas pasukan penyelamat dan kru pertahanan awam, selain 35 wartawan turut terbunuh dalam serangan itu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza berkata lebih 8,005 orang penduduk Palestin terbunuh.

Seramai 2.3 juta penduduk Semenanjung Gaza kini bergelut dengan kekurangan makanan, air, bahan api dan ubat-ubatan akibat kepungan Israel ke atas wilayah itu.

Hanya beberapa trak bantuan dapat memasuki Gaza sejak pembukaan lintasan Rafah hujung minggu lalu. – Bernama – Agensi Anadolu

Continue Reading

Previous: Angka kematian Taufan Otis meningkat kepada 43 orang
Next: Enam trak bawa bantuan dari Jordan selamat tiba di Ramallah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.