Rizab antarabangsa Malaysia AS$108.9 bilion 13 Oktober – BNM  

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$108.9 bilion (AS$1=RM4.77) pada 13 Oktober lepas.

Bank pusat berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$96.5 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.0 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM614.12  bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM510.96 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.76 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.91 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM62.35 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM169.84 bilion), mata wang dalam edaran (RM158.39 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM158.38 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM19.79 bilion), deposit lain (RM37.66 bilion), kertas Bank Negara (RM34.66 bilion), peruntukan SDR (RM29.85 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM5.43 bilion). – Bernama

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi positif beberapa pasaran serantau. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan