Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 2,000 orang wakili 60 kontinjen sertai perarakan di Sibu  
  • WILAYAH

2,000 orang wakili 60 kontinjen sertai perarakan di Sibu  

Utusan Sarawak 2 years ago
Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS)
Mohammed Abdullah Izkandar.

SIBU: Kira-kira 2,000 orang mewakili 60 kontinjen bersedia mengambil bahagian dalam perarakan di Sibu (Sibu Street Parade) pada 12 Ogos ini sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Mohammed Abdullah Izkandar berkata, membawa tema ‘Sarawak Maju Makmur’ acara itu dianjurkan bersama oleh MPS dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS). 

Menurutnya, laluan acara tersebut sejauh dua kilometer bermula di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II dan berakhir di Koridor Chuang Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka menjadi tetamu kehormat diiringi Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi acara ini.

“Kontinjen berkumpul di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II, 5.00 petang hari itu. Mereka terdiri daripada sekolah, badan bukan kerajaan (NGO), badan kerajaan dan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).

“Abdul Karim melakukan pelepasan, 7.00 malam. Premier Sarawak dijangka tiba sekitar 8.00 malam. Turut diadakan konsert secara langsung dan bunga api,” jelasnya.

Katanya, latihan untuk acara itu akan dijalankan pada 10 dan 11 Ogos ini.

“Memandangkan ia adalah acara untuk wilayah tengah Sarawak, kami menjangkakan orang ramai dari kawasan berhampiran akan datang.

“Akan ada artis popular membuat persembahan di konsert itu – pengacara Fir Affandi dan Juan, Band HyperAct, Airliftz dan Ramles Walter,” ujarnya.

Beliau berkata, acara itu juga membantu mempromosikan Sibu sebagai destinasi pelancongan utama.

“Intinya adalah untuk membawa semua orang bersama meraikan 60 Tahun Kemerdekaan Sarawak. 

“Kerajaan Sarawak berusaha memastikan semua rakyat seluruh negeri dapat meraikan acara itu bukan hanya di Kuching,” ujarnya lagi.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Pasukan Todak Berjaya milik NHK Legacy, julang ‘Raja Sungai’
Next: Banjir kilat: Penduduk rayu selesaikan segera isu perparitan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.