KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan beralih kepada penggunaan kaedah e-mel sepenuhnya sebagai salah satu medium penyampaian maklumat dan komunikasi utama sekali gus memansuhkan penggunaan mesin faksimili di semua premis HASiL di seluruh Malaysia mulai 1 Julai 2023.
Pemansuhan ini adalah selari dengan hasrat mengoptimumkan penggunaan medium penyampaian maklumat dan komunikasi sedia ada seperti e-mel serta meningkatkan kecekapan pentadbiran dan operasi pejabat seiring dengan amalan semasa agensi luar.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas: