KUCHING: Seorang anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) mengalami kecederaan setelah digigit anjing ketika menjalankan tugas pada Sabtu lalu sekitar 10.45 malam.
Menurut APM Sarawak, petugas berkenaan mengalami kecederaan di bahagian lengan akibat serangan itu.
“Ketika kejadian di Jalan Kuching – Bau pada 10.45 malam, anggota berkenaan sedang membantu seorang wanita yang mengadu sakit di bahagian perut.
“Secara tiba – tiba muncul seekor anjing dari arah belakang mangsa yang bertindak agresif apabila menyerang serta menggigitnya,” kata APM Sarawak menerusi kenyataan media hari ini.
Susulan kejadian, anggota berkenaan mengalami luka pada bahagian lengan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.