KUCHING: Taekwondo adalah salah satu daripada 26 sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak.
Menurut Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia (WTF), Azizul Annuar Adenan.keputusan tersebut dibuat melalui Mesyuarat Pertama Penyelarasan SUKMA 2024 Sarawak yang diadakan pada bulan lalu,
Beliau juga menyatakan bahawa sukan taekwondo perlu dimasukkan semula dalam Program Podium dan sukan teras, khususnya untuk SUKMA.
“Sebelum inj, sukan taekwondo digugurkan dari program sukan teras dan ini memberi kedan pada pembanguan atlet akar umbi.
“Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) serta Majlis Sukan Negeri Sarawak bersama pemegang taruh berkaitan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan rumah terbuka di kediamannya di sini, semalam.
Antara yang hadir pada rumah terbuka Azizul dan Ibunya, Datuk Amar Datin Patinggi Jamilah Anu ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang selain dif-dif kehormat yang lain.
Azizul Annuar berharap agar taekwondo dimasukkan semula dalam program sukan teras dan dilanjutkan ke dalam program podium.
Beliau juga tidak menafikan kemungkinan untuk bertanding bagi tempat sebagai Presiden WTF Malaysia sekali lagi pada mesyuarat an tahunan yang akan diadakan Julai ini.
Oleh SHAHRUL QAIZAT