KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneruskan kunjungan sempena Hari Raya dengan berkunjung ke rumah terbuka Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi di sini, hari ini.
Ketibaan beliau dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, disambut mesra oleh Datuk Julaihi dan isteri Datin Sadiah Buji serta keluarga.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Liwan Lagang, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Jafri Lias serta jemputan lain.
Pada rumah terbuka tersebut, para jemputan juga telah disajikan dengan pelbagai juadah tempatan.
Sementara itu, Datuk Julaihi turut meluangkan masa menyantuni tetamu lain termasuk wakil media yang hadir.
Oleh NICKELYSON LAKUN