Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Alice Jawan dilantik sebagai anggota MAVCOM
  • TEMPATAN

Alice Jawan dilantik sebagai anggota MAVCOM

Utusan Sarawak 2 years ago

Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Dato Ir. Alice Jawan Empaling.

KUCHING: Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak, Dato Ir. Alice Jawan Empaling dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 28 Mac 2023 hingga 27 Mac 2026.

MAVCOM dalam satu kenyataan memberitahu, pelantikan Dato Ir. Alice adalah atas kepakaran, pengalaman luas dan semangat dalam perkhidmatan beliau kepada rakyat.

“Kriteria yang ada ini  akan memainkan peranan penting dalam memacu industri penerbangan Malaysia.

“MOT  MAVCOM amat berbesar hati dan mengalu-alukan pelantikan Dato Ir. Alice,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, ia juga seiring dengan usaha bagi membangunkan industri penerbangan awam yang berdaya maju dari segi komersial serta responsif kepada keperluan rakyat.

Untuk rekod, Dato Ir Alice telah memegang beberapa jawatan Pengurusan Kanan dan Lembaga Pengarah di Negeri Sarawak termasuk memainkan peranan sebagai Pengerusi Lembaga Boya dan Api Sarawak, Pengerusi Eksekutif Majlis Keselamatan Jalan Raya Sarawak dan Timbalan Pengerusi Lembaga Sungai-sungai Sarawak.

Sementara itu, MOT dan MAVCOM juga turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengesahan dan sokongan yang diberikan terhadap pelantikan Dato Ir Alice.

Continue Reading

Previous: PDRM tetap galas tugas sepanjang Ramadan
Next: Projek Perumahan Ranggau Valley dijangka siap ikut jadual April 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.