KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak member sokongan dan bersama mengambil tanggungjawab untuk mengajak orang ramai menyertai World Quran Hour 2023 yang akan diadakan secara serentak di seluruh dunia bermula 10.15 hingga 10.30 pagi pada 13 April ini bersamaan 22 Ramadan 1444H.
Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Rumah Ngaji Sarawak akan berlangsung di Masjid Darul Hana, Jalan Tun Salahuddin, Kuching dan dapat ditonton secara langsung melalui platform Facebook dan Youtube Pustaka Negeri Sarawak bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Pustaka Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata, Program World Quran Hour 2023 turut mendapat sambutan dan sokongan daripada Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datu Dr. Abdul Rahman Junaidi.
“Pelbagai pengisian program turut diadakan pada hari tersebut antaranya adalah Tadabbur Surah Al-Insan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Sarawak, persembahan nasyid dan qasidah.
“Untuk 2023 ini, Surah Al-Insan telah dipilih dengan membawa tema ‘Memanusiakan Manusia’ (Humanising the Ummah) melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World dalam usaha merealisasikan misi masuk syurga sekeluarga,” katanya.
Matlamat utama World #QuranHour adalah untuk menggalakkan masyarakat berinteraksi dengan al-Quran iaitu baca, faham dan amal, menggarap nilai-nilai mulia yang dapat dihayati daripada surah-surah di dalam al- Quran; bagi membentuk cara hidup berlandaskan al-Quran, melahirkan legasi yang mempunyai sistem operasi diri berlandaskan al-Quran serta untuk membangun negara dan dunia yang berbudi dan penyayang.
“Semua lapisan masyarakat di Sarawak yang menyertai program ini boleh memuat naik gambar masing-masing di laman sosial dengan menaip #Worldquranhour23 #WQHSWK23 dan hantar ke twitter, Instagram serta facebook Pustaka Negeri Sarawak.
Laporan/statistik boleh dihantar melalui applikasi ‘web browser’ di alamat https://bit.ly/lrt2023
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Ramdzan Saman di talian 014-8603620 atau Dayang Najwa Hazwani Awang Zaini ditalian 016-8947255.
Oleh NUR AIN OTSMAN