Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kelindan lori maut, dua lagi cedera dalam kemalangan lori di Selangau
  • KEMALANGAN

Kelindan lori maut, dua lagi cedera dalam kemalangan lori di Selangau

Utusan Sarawak 2 years ago

MEMADAMKAN... Pihak Bomba memadamkan kebakaran pada bahagian tayar lori yang terlibat dalam kemalangan.

SIBU: Seorang kelindan lori maut manakala dua lagi pemandu lori cedera apabila terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Pan Borneo selepas Sekolah Kebangsaan Sungai Sepiring, Selangau di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba negeri berkata kemalangan itu membabitkan dua lori yang membawa muatan baja dan serbuk simen.

MAUT… Pihak KKM memeriksa mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan melibatkan dua lori di Jalan Pan Borneo di sini, hari ini.

Katanya, pemandu lori Wilson Kam, 33, yang membawa lori muatan baja mengalami kecederaan tetapi berjaya keluar sendiri.

Bagaimanapun, kelindan lori Micheal Nyanggai, 38, tercampak keluar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Pemandu lori yang membawa muatan serbuk simen,Saing Migi, 64, turut mengalami kecederaan.

“Kesemua mangsa yang tersepit berjaya keluar sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa yang cedera dibawa oleh ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut dan mangsa yang meninggal dunia diberikan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pihak Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selangau dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan api di tayar lori yang terlibat dalam kemalangan.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

 

Continue Reading

Previous: Kemalangan pertembungan dua kereta di Sarikei
Next: Mayat hampir reput tanpa identiti ditemukan di tandas  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.