KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang akan mengiringi 19 pelajar tempatan pada Disember nanti bagi melapor diri ke Haikou University of Economics.
Haikou University of Economics adalah satu daripada dua universiti di China yang mempunyai memorandum persefahaman dengan MPP bagi menyediakan biasiswa penuh kepada 12 pelajar cemerlang dari sini.
Turut hadir, Timbalan Setiausaha MPP Ir Daniel Goh, Kaunselor Amy Tnay, Kaunselor Jong Tian Kiong dan Kaunselor Yeo Eng Kuang.
Pada masa sama, pengetua university tersebut, Chen Xiao turut mengalu-alukan kedatangan rombongan berkenaan dan memberitahu, para pelajar dapat kembali ke kuliah secara fizikal selepas perubahan polisi pencegahan pandemik Covid-19 di China.
Rombongan ini juga akan diperkenalkan dengan sejarah universiti ketika lawatan itu nanti sekali gus mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua negara menerusi pertukaran pendidikan.