Ops Dadu: 11 individu ditahan

Facebook
WhatsApp
Suspek ditahan dan barang diguna pakai untuk menjalankan kegiatan judi tanpa lesen atau judi haram turut dirampas semasa Ops Dadu sejak 6 Mac lalu.

KUCHING: Seramai 11 individu disyaki terlibat dalam kegiatan judi tanpa lesen atau judi haram ditahan pihak polis Padawan menerusi Ops Dadu sejak 6 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, daripada 11 yang ditangkap dalam operasi tiga hari berturut-turut, empat wanita, dua daripadanya adalah warga Indonesia.

“Dalam serbuan itu, pihak polis merampas sembilan telefon bimbit, kertas bertulis dan wang tunai berjumlah RM2,841.

“Sebanyak 10 kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) dan Seksyen 4A (a) Akta Judi Terbuka 1953.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda antara RM5,000 atau RM50,000 dan penjara tiga tahun,” kata Abang Zainal pada masa sama menyarankan kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis untuk membanteras kegiatan judi tanpa lesen.

Beliau menegaskan bahawa identity pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Oleh Connie Chieng

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam