KUCHING: Seramai 52 individu ditahan dan 43 motosikal, dua kereta diperiksa dalam Ops Lejang di kawasan pasar Baki Tarat bermula 10.00 malam hingga 12.00 tengah malam pada selasa lepas.
Menerusi Ops Lejang juga, Polis Serian turut menahan dua lelaki terbabit dadah dan 31 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik seperti tiada lesen memandu dan mengubah suai kenderaan.
Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, ujian air kencing mendapati dua lelaki terbabit positif dadah jenis Methamphetamine.
Katanya, Ops Lejang dijalankan di kawasan pasar Baki-Tarat bertujuan mengesan dan mencegah kes curi kenderaan selain mengelak aktiviti lumba haram.
Tambahnya, operasi yang dijalankan selama dua jam itu diselaraskan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dengan bantuan lain-lain Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cawangan Polis Serian dengan kekuatan seorang pegawai dan 17 anggota.
Aswandy memberi amaran bahawa Polis Serian akan terus menjalankan operasi seperti ini dari semasa ke semasa bagi mencegah kemalangan jalan raya dan membanteras jenayah.
Oleh Connie Chieng