KUCHING: Kisah peniaga Pasar Tamu Sibujaya tampil membuat laporan polis pada 30 Januari lalu haruslah dijadikan iktibar buat orang ramai supaya tidak leka dibuai mimpi terutamanya apabila berurusan dengan wang.
Ketua Polis Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, walaupun setakat ini, tidak menerima sebarang laporan mengenai penggunaan duit palsu ini di sini, namun kebarangkalian, ia mungkin sudah diedarkan di seluruh negeri.
“Sesiapa sahaja yang menjumpai duit palsu ini harus menghubungi polis dengan segera.
Tegasnya lagi, penggunaan duit palsu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.
Pada 30 Januari lalu, seramai 14 peniaga di pasar tamu itu telah diperdaya selepas menerima wang kertas bernilai RM20 dengan nombor siri pendaftaran (CD:2748412) yang disyaki wang palsu.
Penggunaan wang palsu tersebut hanya dikesan oleh salah seorang peniaga selepas tiga jam kemudian setelah mendapati dakwat pada permukaan wang kertas RM20 berkenaan mula luntur.
Oleh Connie Chieng