KUCHING: Sarawak merekodkan peningkatan kes Covid-19 pada minggu epidemik ke-5 dengan 108 kes berbanding jumlah kes baharu pada minggu epidemik ke-4 iaitu 89 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan berkata inj menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 324,394 kes.
Katanya, 106 kes direkodkan tergolong dalam kategori klinikal satu dan dua, manakala dua kes kategori klinikal tiga, empat dan lima.
“Kuching kekal mencatatkan kes tertinggi sebanyak 50 kes, diikuti Sibu dan bintulu (10), Miri dan Samarahan(8), Dalat dan Serian (4).
“Masing-masing merekodkan tiga kes di Bau dan Kapit. Manakala, dua kes direkodkan di Sarikei
“Sebuyau, Betong, Mukah, Maradong, Sri Aman dan Matu masing-masing mencatatkan satu kes,” katanya .
Dalam pada itu, tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Sarawak pada minggu epidemik ke-5.
Oleh SHAHRUL QAIZAT