AIMAN RAIHAN
SIBU: Seramai 12 jemaah menunaikan Solat Jumaat menunaikan Solat Jumaat di Masjid An-Nur Sibu semalam.
Solat Jumaat tersebut yang pertama kali diadakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 18 yang lalu telah diketuai oleh Ustaz Helmi Abu Bakar sebagai Imam.
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang Majlis Islam Sarawak bersama Jabatan Agama Islam Sarawak (Bahagian Kemajuan Institusi Masjid) telah menggariskan beberapa garis panduan yang perlu diikuti dalam pelaksanaan semasa Solat Jumaat.
Tujuan garis panduan tersebut adalah untuk meleraikan rangkaian Covid-19.