SARIKEI: Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan bomba untuk menanggalkan cincin pada jarinya yang semakin sukar untuk dikeluarkan.
Lelaki itu datang ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei malam tadi dan mengadu kesakitan kerana jarinya kembang akibat cincin yang tidak lagi dapat ditanggalkan.
Ketua BBP Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, Ketua operasi, PBK I (KUP) Haron Jenai bersama empat anggota bomba membantu mangsa memotong cincin dan ia berjaya dilakukan.
“Cincin yang melekat dijari mangsa dapat dipotong menggunakan alat pemotong cincin. Dia datang sekitar 9.24 malam dan khidmat khas memotong cincin tamat sepenuhnya jam 9.48 malam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Oleh Earl Anek