KUCHING: Dua pegawai polis dihadapkan ke mahkamah hari ini membabitkan kes penyerahan dokumen palsu membabitkan kerja servis serta pembaikan ibu pejabat polis Julau berjumlah RM19,980.
Mahkamah Majistret memerintahkan Timbalan Superitendan Polis (DSP) dan Inspektor Polis itu untuk ditahan reman selama empat hari.
Perintah reman untuk kedua-dua tertuduh dikeluarkan Majistret Siti Farah Ibrahim.
Menurut fakta kes, kedua-duanya disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.
Sementara itu, seorang lagi turut dihadapkan di Mahkamah Sibu iaitu seorang pengurus syarikat kerana dikatakan bersubahat dengan kedua-dua tertuduh dengan mengemukakan dan menggunakan dokumen invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir matan palsu berjumlah RM19,980 baki kerja-kerja Perkhidmatan dan Pembaikan Bangunan di Ibu Pejabat Polis Daerah Julau walhal kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.
Oleh NICKELYSON LAKUN