KUCHING: Sebanyak 92 tapak akses perkhidmatan 5G akan dilancarkan di tiga lokasi di Sarawak.
Ia melibatkan bandaraya Kuching, Miri dan Bintulu.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi berkata, akses perkhidmatan ini adalah usaha berterusan kerajaan Sarawak bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.
“Sebanyak 3,500 menara telekomunikasi telah dibina di seluruh negeri setakat ini.
“Jumlah itu mencapai 50 peratus daripada 7,000 menara yang harus dibina bagi penyediaan kemudahan internet,” katanya ketika melancarkan Property Axis di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.
Julaihi berkata, penyediaan perkhidmatan internet kini sedang beralih secara berperingkat dari 3G ke 4G dan seterusnya ke 5G.
Oleh NUR AIN OTSMAN