Buaya ditangkap di Kampung Tabuan Melayu Hilir diserah kepada SFC

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Seekor buaya betina berukuran 2.67 meter dengan anggaran berat 80 hingga 90 kilogram telah diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Buaya itu ditangkap oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di Kampung Tabuan Melayu Hilir baru-baru ini.

Ia diserahkan kepada pihak SFC wilayah Kuching untuk tindakan selanjutnya.

SFC melalui laman facebooknya mengingatkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pihak yang menangkap, memburu, berniaga atau memelihara hidupan liar yang dilindungi dan dilindungi sepenuhnya boleh menghubungi talian hotline SFC di 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8332737 (Bintulu), atau 019- 8290994 (Miri).

Gambar FB SFC

RM30 juta perkasa Sekolah Mubaligh Sarawak

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM30 juta menerusi Dana Bantuan Sekolah Mubaligh 2026 bagi memperkasa kemudahan dan infrastruktur sekolah mubaligh