KOTA SAMARAHAN: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) hari ini memaklumkan bahawa notis kerja terancang dikeluarkan bagi kerja-kerja penyambungan paip mulai hari ini hingga Khamis, 8 Disember ini.
Menurut JBALB, kerja penyambungan paip ini adalah pada setiap malam dari jam 8.00 malam sehingga 4.00 pagi.
“Hal ini adalah untuk memberi laluan kepada pihak kontraktor untuk membuat penyambungan paip di kawasan Asajaya dan Sadong.
“Antara Bahagian Samarahan yang terjejas adalah Kampung Asajaya, Pejabat Daerah Asajaya, Tambirat, dan Pasar Asajaya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.