KEJOHANAN Karnival Kawalan Jauh Antarabangsa Serian 2022 mengegarkan Taman Danu, Serian hari ini.
Seramai 154 peserta menyertai kejohanan ini termasuk dari Dubai, Thailand, Brunei, Kuwait, Abu Dhabi, Indonesia dan dari Semenanjung termasuk tuan rumah, Sarawak.
Kejohonan ini bermula Jumaat lalu hingga hari ini mulai jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kali terakhir ia diadakan pada 2019.
Kejohanan Karnival Kawalan Jauh Antarabangsa Serian 2022 mempertandingkan lapan kategori.
Ia dianjurkan oleh Majlis Daerah Serian dan diuruskan oleh Persatuan Bot Kawalan Jauh Bahagian Kuching.
Oleh NICKELYSON LAKUN