KUCHING: Mungkinkah ada berita baik diumumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini?
Beliau akan menggulung perbahasan petang ini dan sudah semestinya orang ramai ternanti-nanti apakah pengumuman itu nanti.
Turut menggulung perbahasan ialah dua lagi Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Persidangan hari kelapan Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Pertama DUN Sarawak ke-19 bermula 9.04 pagi, ini.
Ia dimulakan dengan bacaan doa dan pemasyhuran daripada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar.
Mohd Asfia memaklumkan, satu mesyuarat tahunan akan diadakan segera pada sebelah petang ini seperti yang dinyatakan dalam notis yang telah diedarkan.
Dalam pada itu, untuk persidangan terakhir hari ini, dua menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak hadir iaitu Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Pelancongan) merangkap ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting serta ADUN Pujut, Adam Yii.
Dalam pada itu juga, pembentangan Rang Undang-undang bagi bacaan kali ketiga, RUU Pembekalan (2023), 2022 dan usul untuk meluluskan anggaran perbelanjaan pembangunan bagi 2023 oleh Premier Sarawak. Akhir sekali, usul penangguhan daripada Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep.