SARIKEI: Pasukan BSTC A dari Bintangor muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Sarikei 2022 yang diadakan di Gelanggang Futsal MYSED (KPSU Sarikei) di sini hari ini.
Pasukan itu meraih hadiah wang tunai RM500 bersama piala.
Naib johan dimenani pasukan KSTB C dengan meraih hadiah RM300 serta piala, manakala tempat ketiga dimenangi bersama oleh Pasukan Kuda Hitam dan Naman Thunder, berkongsi hadiah RM150 serta piala.
Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N41 Kuala Rajang, Konselor Mohd Hafizd Mohd Rosley berkata pertandingan itu berjaya diadakan.
Katanya, ia dianjurkan oleh P206 Tanjong Manis dengan kerjasama Kelab Sepak Takraw Bersatu (KSTB) dan Pemuda PBB N41 Kuala Rajang ( Ranting Sarikei 2 ) yang disertai 14 pasukan dari sekitar Sarikei, Sibu, Bintangor, Julau dan Pakan.
“Pertandingan yang bermula semalam berakhir hari ini mendapat sambutan luar jangka dari pasukan luar Sarikei,” katanya.
Mohd Hafizd mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KSTB dan semua agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini .
Oleh Suriyani Molyadi