KUCHING: Seramai 28 peserta dalam kalangan anak-anak penghuni Blok C, Flat Taman Dahlia menyertai pertandingan mewarna sempena majlis suaikenal dan silatulrahim untuk penghuni di situ.
Pertandingan itu dibahagi kepada tiga kategorti iaitu kategori 1 untuk peserta berusia enam tahun ke bawah yang disertai lima peserta, kategori 2 untuk peserta berusia enam hingga lapan tahun yang disertai lapan peserta.
Bagi kategori 3 pula untuk peserta berusia sembilan hingga 12 tahun, yang disertai 15 peserta. Pertandingan itu berakhir jam 4 petang semalam.
Sementara itu, pada sebelah malam tadi disusuli program silatulrahim dan suaikenal bertujuan untuk mengeratkan persefahaman dan kerjasama penghuni blok berkenaan.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof dan isterinya.
Majlis itu juga diserikan dengan acara santai berkaraoke bagi memeriahkan suasana.
Ini adalah julung kali program seumpamanya dianjurkan oleh Jawatankuasa Penghuni Flat itu.
Majlis dianjurkan berikutan kejayaan kerja gotong-royong membersih kawasan flat dan mamemperbaiki bekalan api dan elektrik di tingkat bawah flat tersebut yang selama ini kelihatan suram dan sebahagiannya gelap gelita pada sebelah malamnya.
Oleh Abg Zainoren Jess