SARIBAS: Calon muka baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Betong, Dr. Richard Rapu terus giat berkempen dalam usaha mengekalkan kerusi itu di tangan GPS.
Terbaharu, beliau berkunjung ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas, ditemani Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Mohamad Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N35 Saribas.
Mereka melawat bilik gerakan Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Lalang.
Dr Richard mengantikan Datuk Robert Lawson Chuat yang mengundur diri secara sukarela.
Beliau berdepan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari gabungan Pakatan Harapan (PH) Patrick Kamis dan calon Bebas, Hasbie Satar.