DARO: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi meneruskan kempen yang masuk hari keenam.
Malam ini, beliau menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Wawasan Bedu Sana, Kampung Badong, anjuran Ranting PBB Kampong Badong, Daro.
“Sekali lagi saya mengingatkan masyarakat di Kampung Badong agar mengundi GPS pada 19 November ini.
“Hanya GPS dapat membawa perubahan dan kemajuan untuk rakyat dan negeri Sarawak.” katanya.
Ahmad Johnie yang mempertahankan kerusi itu sekali lagi dicabar calon Pakatan Harapan dari Parti Amanah Negara (AMANAH), Andri Zulkarnaen Hamden.
Ia adalah pertembungan ulangan seperti PRU-14 membabitkan dua calon yang sama.
KETERANGAN GAMBAR
Peminat.. ambil kesempatan ‘berselfie’ bersama Ahmad Johnie.