DARO: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi hari ini berkunjung ke kawasan pesisiran sungai.
Beliau yang ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad menyertai majlis Pemimpin bersama Rakyat di Dewan Sri Segalang, Kampung Sebenak, Daro.
Ahmad Johnie yang mempertahankan kerusi itu sekali lagi dicabar calon Pakatan Harapan dari Parti Amanah Negara (AMANAH), Andri Zulkarnaen Hamden.
Ia adalah pertembungan ulangan seperti PRU-14 membabitkan dua calon yang sama.