SIBU: Gempur Parlimen Sibu dan Lanang!
Itulah matlamat program yang dihadiri kira-kira 2,000 penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) Pulau Taman Li Hua malam ini.
Program itu dinamakan ‘Gerak Gempur Parlimen Sibu dan Lanang, anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), salah satu parti dalam GPS.
Pada majlis itu, Presiden SUPP, Dato Sri Dr. Sim Kian Hui turut memperkenalkan calon GPS bagi kerusi Parlimen Sibu, Clarence Ting Ing Hoh dan calon GPS bagi kerusi Lanang, Wong Ching Yong.
Penyandang kerusi Sibu ialah Oscar Ling Chai Yew (DAP) yang dijangka turut dicabar Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Dato Sri Wong Soon pada pilihan raya 19 November nanti.
Penyandang kerusi Lanang pula ialah Alice Lau Kiong Yieng (DAP). Calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Priscilla Lau dijangka turut bertanding.
Sasaran GPS adalah untuk menamatkan cengkaman 12 tahun DAP di Sibu.