24 pekerja maut, trak bertembung

Facebook
WhatsApp
PENGGALI membersihkan beg simen putih yang tersebar di jalan selepas kemalangan
trak berhampiran Auraiya, sebuah kampung di Uttar Pradesh. — Foto AFP

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh selepas dua trak membawa pekerja migran bertembung di India semalam.

Kejadian di daerah Auraiya di Uttar Pradesh itu turut menyebabkan 36 yang lain cedera dengan kebanyakan mangsa kritikal.

Difahamkan, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing selepas hilang pekerjaan akibat pelaksanaan perintah ‘lockdown’ di seluruh negara bagi mengekang koronavirus (Covid-19).

Perdana Menteri, Narendra Modi menyifatkan kemalangan tersebut sebagai tragis. – AFP

Perbahasan berkisar penubuhan Malaysia

(Bahagian Kedua) MINGGU lepas wacana ini telah membicarakan sebahagian daripada perbahasan tentang Malaysia di Parlimen Tanah Melayu. Wacana kali ini