Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • GPS umum calon 3 NovParti PBB kemuka muka baharu, muda
  • TEMPATAN

GPS umum calon 3 Nov
Parti PBB kemuka muka baharu, muda

Utusan Sarawak 3 years ago

“Seperti kebiasaan kita akan menampilkan beberapa muka baharu dan orang muda setiap kali pilihan raya umum." - Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg


KUCHING: Senarai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diumum pada 3 November ini.

Perkara itu disahkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semalam.

Menurut Abang Johari, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), turut meletakkan beberapa muka baharu.

“Seperti kebiasaan kita akan menampilkan beberapa muka baharu dan orang muda setiap kali pilihan raya umum,” katanya dalam pertemuan dengan Suara Sarawak.

Abang Johari yang juga Yang di-Pertua Parti PBB berkata, parti itu turut menampilkan seorang muka baharu wanita dan barisan pemuda.

Beliau menjelaskan, GPS dijangka menampilkan beberapa muka baharu bagi mewakili parti komponen masing-masing iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Continue Reading

Previous: Setiausaha Agung, Ketua Penerangan PBM digantung
Next: 807,603 hektar tanah diwarta Rizab Komunal Bumiputera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.