Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • WhatsApp alami gangguan, punca belum dikenal pasti
  • SEMASA

WhatsApp alami gangguan, punca belum dikenal pasti

Utusan Sarawak 3 years ago

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan aplikasi WhatsApp hari ini mengalami gangguan teknikal selepas pengguna dilapor berdepan masalah untuk mengirim atau menerima mesej.

Berdasarkan laman web DownDetector, laporan mengenai gangguan berkaitan perkhidmatan WhatsApp diterima seawal 2.47 petang tadi.

Melalui komen pada laman web itu, gangguan teknikal turut dilapor berlaku di Indonesia, Bulgaria, Finland dan Nigeria.

Downdetector memaklumkan lebih 11,000 pengguna di seluruh India melaporkan mengalami gangguan, manakala di UK pada 68,000 dan 19,000 untuk Singapura sehingga kini.

Bagaimanapun tidak dinyatakan punca gangguan pada aplikasi itu berlaku dan tiada sebarang kenyataan rasmi juga dikeluarkan setakat ini oleh penyedia perkhidmatan sosial media terbabit.

Sementara itu, REUTERS melaporkan aplikasi WhatsApp mengalami kegagalan fungsi di seluruh dunia, dengan pengguna di India, United Kingdom (UK), Afrika Selatan dan Asia melaporkan masalah untuk menghantar dan menerima teks atau video.

“Kami sedar sesetengah orang kini menghadapi masalah menghantar mesej dan kami sedang berusaha memulihkan WhatsApp untuk semua orang secepat mungkin,” kata jurucakap syarikat induk WhatsApp, Meta Platforms. – AFP

Continue Reading

Previous: SPR perlu perkenal undi dalam talian
Next: Sarawak kuasa hidro ASEAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.