PRU-15: GPS tampil beberapa muka baharu

Facebook
WhatsApp

JAWAB SOALAN… Dato Sri Fadillah Yusof menjawab soalan daripada pengamal media semasa hadir pada Majlis Rindok Ati Media Bersama Komuniti Petra Jaya di Dewan Masyarakat Kampung Pinang Jawa Kampung Gita semalam. • Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka menampilkan beberapa muka baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua Whip GPS, Dato Sri Fadillah Yusof yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata beliau dimaklumkan beberapa orang sudah menawarkan diri untuk tidak bertanding pada PRU-15.

“Maknanya akan ada muka baharu. Berapa ramai? Saya pun tidak pasti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Rindok Ati bersama media dan komuniti Petra Jaya yang diadakan di Balai Raya Kampung Pinang Jawa di Petra Jaya semalam.

Katanya, GPS akan menyerahkan kepada Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, untuk menentukan calon. 

“Yang penting GPS sudah bersiap siaga. Jentera kami sudah bersedia dan bersedia untuk menunggu sebarang kemungkinan,” katanya.

Pada 6 Ogos lalu, Abang Johari dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB menyatakan beberapa Ahli Parlimen parti itu sudah menyatakan hasrat untuk mengundur diri.

Bagaimanapun, Abang Johari tidak menyatakan jumlah atau antara nama 13 Ahli Parlimen PBB yang berhasrat mengundur diri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

Bina integriti dari rumah, perkukuh di sekolah

KUCHING: Pembudayaan integriti perlu bermula dari rumah sebelum diperkukuh melalui pendidikan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat, kata Premier Sarawak,