MIRI: Penghuni sebuah rumah di Desa Pujut di sini terkejut apabila melihat sekumpulan lebah berada di atas tiang siling luar tempat parkir kereta di rumahnya, semalam.
Bimbang dengan keselamatan, penghuni rumah tersebut kemudian menghubungi Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM)meminta bantuan menghapuskan sarang serangga berbisa itu.
Pegawai APM Daerah, Kapten Mohd. Hazle Shah Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.59 pagi sebelum operasi memusnahkan sarang serangga itu dilakukan pada 8.47 malam.
“Anggota kami berjaya memusnahkan sarang lebah sebesar tayar kereta Perodua Kancil menggunakan teknik semburan racun serangga dan bakar,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, operasi itu berjaya dengan lancar dan tamat sepenuhnya pada 9.27 malam.