KELAB-kelab Serie A dari Itali semalam berkata bahawa mereka ingin kembali ke persaingan pada 13 Jun sekiranya mereka mendapat lampu hijau daripada kerajaan.
“Mengenai penyambungan semula aktiviti sukan dan sesuai dengan keputusan kerajaan dan selain protokol perubatan melindungi pemain, tarikh 13 Jun untuk memulakan semula kejuaraan telah ditunjukkan,” kata Lega Serie A dalam satu kenyataan.
Sukan di Itali dihentikan sejak 9 Mac di tengah wabak Covid-19 yang telah membunuh lebih 31,000 orang di negara ini.
Semua 20 kelab Divisyen Satu telah memilih sebulat suara menyelesaikan kempen ini tetapi ia adalah kali pertama tarikh ditetapkan untuk kembali.
Menteri Sukan Vincenzo Spadafora memberitahu Parlimen Itali bahawa dia telah menerima surat daripada presiden Persekutuan Bolasepak Itali, Gabriele Gravina.
“(Gravina) memberitahu saya bahawa persekutuan telah mengikuti semua cadangan Jawatankuasa Teknikal dan Ilmiah selain berupaya menyesuaikan semula protokolnya. Dengan itu memungkinkan untuk menyambung semula tanpa kesulitan latihan kolektif bermula 18 Mei,” kata Spadafora.
Pasukan Itali kembali ke latihan individu pada 4 Mei setelah ‘lockdown’ selama dua bulan dengan sesi kumpulan kini ditetapkan untuk Isnin depan dalam keadaan yang sangat ketat.
Terdapat banyak perdebatan mengenai masa kuarantin setelah ujian positif, dengan para saintis kerajaan mencari masa pengasingan selama dua minggu bagi mereka yang telah berhubungan dengan orang yang dijangkiti.
Ketua bola sepak Itali menolak tarikh akhir musim sehingga 2 Ogos memberi masa untuk peringkat terakhir Liga Juara-Juara dan Liga Europa dilangsungkan akhir bulan ini.
Sekiranya bola sepak kembali pada 13 Jun, ia akan meninggalkan ruang untuk diadakan separuh akhir Piala Itali iaitu perlawanan kedua dan final.
Terdapat baki 12 permainan liga untuk dilangsungkan oleh kebanyakan pasukan dengan lapan pasukan mempunyai 13 perlawanan. – AFP